Bubbles n Daisies

Isnin, 17 Ogos 2009

Apa itu makanan ringan atau snek?

Makanan ringan atau snek merujuk kepada makanan atau minuman yang diambil di antara waktu makan utama. Mengambil snek yang tinggi kandungan gula dengan kerap boleh menggalakkan kerosakan gigi.

Pelbagai Makanan Ringan
Kek
dan kuih-muih mengandungi kadar gula yang tinggi dan kadar vitamin serta zat-zat logam yang amat rendah. Minuman jenis cola juga mengandungi lebihan gula dan kadangkala ia dicampurkan dengan sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan, iaitu kafeina. Ais krim pula mengandungi banyak gula dan lemak.
Minuman jus buah-buahan yang dijual di dalam botol kebanyakannya tidak mengandungi jus buah-buahan asli, sebaliknya mengandungi banyak gula, air, bahan pewarna dan perisa tiruan. Kentang goreng atau potato chips pula mengandungi kadar lemak dan garam yang tinggi yang memudaratkan (The Smart Food, Junk Food, The Learning Network Inc, 2001, factmonster.com/ipka/A0768674.html)

Apa yang perlu diberi perhatian ketika mengambil makanan ringan?
1. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan snek yang manis. Baca label kandungan

makanan semasa membeli belah.
2. AWAS! madu, sirap jagung, glukos dan sirap pekat adalah gula!
3. Elakkan atau kurangkan minuman berkabonat.
4. Amalkan penjagaan kesihatan gigi yang baik.

5. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan